Search This Blog

Ketahui Rahsia Bagaimana Menjana Wang Dengan Pelaburan Emas



Dari Syukor Hashim; Pelabur Emas

Sahabat yang dihormati,

Tahukah anda bahawa emas mampu menjamin kehidupan anda untuk masa sekarang dan juga masa hadapan? Jadi sebelum saya membongkarnya mari kita lihat dengan lebih dekat akan apa itu emas.

Emas adalah bahan logam yang amat tinggi nilainya tidak akan jatuh dimakan inflasi. Emas merupakan logam yang lengai. Ia tidak bertindak balas dengan bahan-bahan lain. Dalam industri pembuatan, emas digunakan sebagai pemangkin kerana ia adalah bebas daripada menganggu logam-logam lain. Pendek kata ia tidak bertindak balas dengan logam-logam lain. Sifat emas yang inilah menyebabkan ia begitu berguna dan berharga dalam industri pembuatan. Yang menariknya, sehingga sekarang masih belum ada lagi saintis yang mampu membuat emas.

Kebanyakan kita hanya mengetahui emas hanya sebagai bahan perhiasan semata-mata. Bila ada barang kemas, apa yang kita tahu adalah jual, gadai dan beli semula. Dan ramai juga golongan wanita kita berlumba-lumba mengumpulkan emas demi menunjukkan kemampuan dan kehebatan kewangan mereka. Yang sakitnya adalah, poket suami mereka! Sehinggakan ada yang sanggup berhutang untuk memiliki barang kemas. Bila wang tiada, mulalah emas yang asalnya dibeli dengan harga yang mahal dijual dengan harga yang lebih rendah ataupun anda mendapat keuntungan yang sedikit apabila dijual atau digadai di tokey-tokey pajak gadai. Inilah sering dialami oleh kebanyakan dari masyarakat kita terutamanya kaum Melayu.

Bukan maksud saya bahawa anda tidak perlu memakaikan emas pada kaum isteri, tetapi anda perlu tahu bagaimana caranya. Dengan barang kemas di tubuh wanita, sebenarnya ianya boleh dimanipulasikan dengan lebih efisyen dan bermanfaat. Sebenarnya, dengan emas, kita mampu menambah sumber kewangan kita jika kita tahu caranya. Bukan barang kemas saja tetapi berbagai-bagai bentuk/jenis emas yang boleh dijadikan sumber kekayaan kita pada masa sekarang dan juga pada masa hadapan. Bagaimana caranya? Caranya tidak lain tidak bukan adalah dengan pelaburan emas.


6 SEBAB UTAMA KENAPA ANDA PATUT MELABUR DENGAN EMAS!

trend kenaikan harga emas adalah sentiasa menaik. Dalam masa sebulan ianya boleh naik sehingga 5%. Pernah dicatatkan, harga emas naik 33.3% dalam tempoh setahun 2006 -2007. Sekiranya anda beli 100gram emas dengan RM100 per gram pada Jan 2006, iaitu RM10,000. Apabila anda menjualnya pada Jan 2007, anda akan mendapat RM 13,300. Maknanya anda untung RM3,300 hanya dalam setahun. Tidakkah ianya sangat lumayan ?

Pelaburan emas amat tinggi pulangannya berbanding pelaburan ASB. ASB biasanya memberikan pulangan 8-10% setahun. Akan tetapi pulangan emas adalah 50 -100% lebih lumayan daripada ASB.

Harga minyak naik – harga emas akan naik. Apabila minyak naik, semua harga barang akan naik termasuk emas. Jika anda membeli emas sekarang, anda akan mendapat keuntungan lumayan pada masa kenaikan harga minyak ini. Dan anda perlu ingat juga bahawa emas tidak dipengaruhi oleh INFLASI.

Terdapat beberapa cara anda boleh mendapat keuntungan melalui emas. Kebanyakan daripada kita tahu emas hanyalah barang kemas. Tahukan anda dengan hanya bergantung kepada barang kemas, keuntungan yang diperolehi selepas menjualnya tidaklah seberapa besar, tapi masih menguntungkan. Sebenarnya ada banyak bentuk pelaburan emas iaitu ------,------,--------,-------, & -------. (masih rahsia)

Diiktiraf oleh sistem kewangan Malaysia di mana Bank Negara sendiri memainkan peranan besar dalam menyedarkan kepentingan pelaburan emas ini kepada orang ramai. Sudah tentu ianya sah di sisi undang-undang dan juga halal dari segi Hukum Syariah.

Terdapat banyak kemudahan di mana bank-bank utama di Malaysia seperti Maybank, Public Bank yang menyediakan skim pelaburan emas sebagai pelaburan orang ramai.

TERNYATA Pelaburan emas adalah satu pelaburan yang amat menguntungkan!